Tempoh tahanan Menteri di lanjutkan.


Selasa, 21/11/06 –
Mahkamah Tentera Israel di Pusat Pertahanan Salem, penahanan PA menteri kewangan Profesor Omar Abdul Razek dan sepuluh timbalan PLC dilanjutkan 70 hari selepas perbicaraan mereka ditangguh pada 30 Januari 2007.

Osama Al-Saadi, peguam pegawai PA itu,berkata mahkamah menangguhkan perbicaraan ini tanpa memberi sebarang sebab atau penjelasan dan juga tidak membenarkan pihak media menghadiri ke mahkamah.

Untuk pihaknya, Wasfi Kabaha, Pa Menteri Keselamatan , mengesahkan perbicaran di mahkamah tidak sah(haram) .Beliau menegaskan mereka yang terpenjara merupakan wakil rakyat Palestin yang sah dan dipilih melalui proses pilihanraya demokrasi yang disaksikan oleh seluruh dunia yang mana proses ini penuh integriti dan ketelusan.

Kabaha mempersoalkan, ini merupakan kes pertama di mana pemimpin yang dilantik melalui pilihanraya dibicarakan atas kesalahan parti politik mereka, menyeru agar masyarakat dunia harus bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh untuk membebaskan mereka.

Menteri tersebut merayu agar ahli parlimen dunia, persatuan hak asasi manusia dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk masuk campur di dalam menuntut pembebasan segera menteri-menteri itu.