2 syahid di Gaza semalam.


Selasa, 21/11/06 –
2 rakyat Palestin syahid di bandar Gaza semalam selepas satu serangan rejim Zionis di Jalur Gaza. Seorang rejim turut tercedera dalam satu serangan balas oleh pejuang Palestin di bandar Sderot semasa lawatan Louise Arbour, pesuruhjaya hak asasi manusia
UN semalam.


Pejuang Hamas syahid bersama seorang lagi wanita Palestin berusia 70 tahun dalam serangan di kawasan Zeitoun, bandar Gaza. Arbour turut megesahkan serangan tersebut yang menurutnya jatuh beberapa kilometer daripada tempat lawatan mereka.

Pihak hospital telah mengesahkan kematian pejuang tersebut yang bernama Aiman Hassanein, pejuang senior Hamas. Saksi berkata beliau terbunuh semasa pertempuran sengit dengan pihak rejim Zionis. Abangnya pula ditangkap pihak rejim.

Amir Peretz, Menteri Pertahanan Israel, berkata, pihak rejim akan melakukan serangan ke atas
bandar Gaza tetapi tidak berniat untuk menjajahnya semula.