11 rakyat awam Palestin cedera.


Rabu, 22/11/06 –
Rejim Zionis semalam (21/11/06) telah melepaskan tembakan kepada sekumpulan rakyat awam Palestin di kem pelarian Jabalia , sumber perubatan melaporkan.


Mereka yang tercedera di sebabkan terkena serpihan roket tersebut dan mengalami cedera yang parah. Pihak rejim pula menyatakan tembakan tersebut ditujukan kepada pihak pejuang Palestin yang di katakan berada
pada tempat yang sama. Sebelum itu pula, pihak rejim telah membedil rumah Ahmed Al-Habel di Jabalia tetapi tiada sebarang kecederaan di laporkan kerana ahli keluarga Ahmed terlebih dahulu keluar dari rumah tersebut sebelum tembakan dilepaskan.