Categories
Berita Semasa

Perarakan menentang pengepungan Semenanjung Gaza akan diadakan di seluruh Eropah

Isnin , 14-04-2014 – Pertubuhan-pertubuhan hak manusia Eropah telah mengisytiharkan cadangan mereka untuk menyertai perarakan terkenal yang diadakan di seluruh Eropah sebagai tanda protes kepada pengepungan berterusan Israel selama 8 tahun berturut-turut di Semenanjung Gaza, terutama apabila berlakunya sekatan-sekatan Mesir di lintasan Rafah baru-baru ini.

European Campaign to End the Siege of Gaza (ECESG) telah mengesahkan bahawa beberapa pertubuhan dan institusi hak manusia di lebih dari 30 bandar-bandar Eropah telah menyuarakan cadangan mereka untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan secara bersepadu pada 26 April ini terhadap pengepungan Semenanjung Gaza dan sekatan Mesir di semenanjung itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis lalu, ECESG menyatakan bahawa perarakan Eropah secara besar-besaran ini diadakan berikutan situasi kemanusiaan yang semakin merosot di semenanjung itu akibat sekatan oleh Israel-Mesir yang semakin ketat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira