Categories
Berita Semasa

Rejim Israel (IOA) akan merampas kawasan seluas 1000 dunum di Bethlehem

Isnin , 14-04-2014 –Rejim Israel telah memaklumkan pada pagi Khamis kepada para petani Palestin di kampung Khader, selatan Bethlehem tentang niat mereka untuk merampas kawasan pertanian mereka dan menghalang mereka memasukinya.

IOA telah meletakkan sepanduk-sepanduk di kawasan tersebut menyatakan bahawa para petani tidak boleh memasuki kawasan pertanian mereka. Keputusan rejim itu termasuk perampasan 984 dunum Bandar Khader dan Nahalin di barat Bandar, serta Beit Ummar di utara al-Khalil.

IOA memaklumkan para petani bahawa mereka boleh membuat rayuan menentang keputusan tersebut dalam masa 45 hari. Dalam kejadian berkaitan, IOA mengumumkan niat untuk merampas 180 dunum tanah rakyat Palestin di utara Ramallah untuk membina fasiliti merawat kumbahan, akhbar Haaretz mendedahkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati