Categories
Berita Semasa

Para tahanan Palestin mogok lapar bagi membantah pengasingan Ibrahim Hamed

Khamis , 17-04-2014 – Sejumlah tahanan Palestin di penjara Israel memulakan mogok lapar pada hari Ahad setelah pihak berkuasa penjara Israel enggan menamatkan pengasingan tahanan Ibrahim Hamed, seorang pegawai Hamas.

Para tahanan Marwan Al-Barghouthi dan Ahmed Saadat adalah tergolong daripada mereka yang mogok lapar, yang telah mengugut akan meneruskan mogok lapar beberapa hari lepas jika pengasingan Hamed tidak diberhentikan.

Para tahanan yang lain mungkin akan turut menyertai mogok lapar sehingga pengasingan Hamed dihentikan dan perjanjian dengan pemogok lapar pada tahun 2012 dihormati di mana pihak rejim Israel telah berjanji untuk menghentikan polisi pengasingan ke atas semua tahanan. Para pemogok lapar juga ingin mengemukakan tuntutan-tuntutan lain yang secara umumnya berkaitan dengan keadaan mereka di dalam penjara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati