
Khamis , 17-04-2014 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) menyerbu kem pelarian Aida, utara Bethlehem, petang Ahad dan melepaskan tembakan gas pemedih mata. Para saksi memberitahu wartawan PIC bahawa askar IOF menyerbu kem dan melepaskan bom gas pemedih mata di kawasan perumahan dan menyebabkan kes lemas di kalangan penduduk. Tentera IOF masih merayau di jalan-jalan kem tersebut walaupun berdepan dengan pertempuran dari golongan belia.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah