Categories
Berita Semasa

Tentera IOF tahan lelaki Palestin yang sedang membawa adik lelakinya untuk rawatan

Khamis , 17-04-2014 – Angkatan Bersenjata Israel (IOF) telah menahan seorang lelaki Palestin dari perkampungan Kufr Ra’ee di Jenin ketika lelaki itu menghantar adik lelakinya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Menurut sumber tempatan kepada wartawan PIC, lelaki yang dikenali sebagai Mohammed Abdurrahim Subaih itu ditahan oleh tentera IOF apabila memasuki tanah jajahan 1948 walaupun setelah mendapatkan permit dari IOF untuk rawatan adik lelakinya di hospital Rambam di Haifa.

Tambah sumber itu lagi, Subaih telah dibawa ke satu pusat tahanan yang tidak diketahui dan tiada sebarang alasan penahanan telah diberikan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada