
Isnin , 21-04-2014 – Kerajaan Gaza mengecam cubaan Pihak Berkuasa Penjajahan Israel (IOF) mencemarkan Masjid Suci al-Aqsa, di mana kemuncaknya ialah apabila berlakunya cubaan untuk meraikan Passover dalam laman masjid tersebut. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semasa sesi mingguan pada petang Selasa lalu, pihak kerajaan menyeru kepada penduduk Baitulmuqaddis untuk mengambil langkah berkawal di kawasan masjid dan menentang keras segala pencerobohan Israel.
Kerajaan juga meminta penduduk Baitulmuqaddis dan Palestin yang berkemampuan supaya menuju ke arah Masjid Al-Aqsa dan berjaga-jaga bagi melindungi masjid tersebut dari sebarang kemungkinan serangan dan pencerobohan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira