
Isnin , 21-04-2014 – PM Palestin, Ismail Haniyah menyeru kerajaan Mesir untuk membuka pintu masuk Rafah sepanjang waktu bagi keluar masuk penduduk dan pelawat serta barangan termasuk sumbangan dari Qatar.
Dalam sidang akhbarnya, Haniyah menyatakan, realisasi projek dan pembangunan kawasanmenjadi sekolah dan taman hijau merupakan bukti yang disampaikan warga Gaza, bahawa mereka mampu membangun dan merdeka.
Projek sumbangan Qatar ini merupakan langkah maju bagi Gaza, terutama ketika berlanjutnya sekatan, hal ini menjadi bukti bahawa Gaza mampu mengatasi sekatan, berkat ketabahan dan kegigihan bangsa Palestin dan para pendukungnya.
Haniyah menyampaikan ucapan terima kasih kepada Qatar atas sokongannya terhadap bangsa Palestin serta memuji sikap Amir Qatar, Syeikh Tamim dan sebelumnya Syeikh Hamad.
sumber : COMES
penterjemah : Osman