
Jumaat, 01/12/06 –Rejim Zionis telah membebaskan Menteri PA Kerja Raya dan Perumahan Abdul Rahman Zeidan selepas sebulan diculik dari rumahnya di pusat bandar Ramallah.
Mahkamah Israel Selasa(28/11/2006), telah memutuskan untuk membebaskan Zeidan yang mana ditahan tanpa perbicaraan atau tuduhan, dan juga perbebasan beliau ditetapkan pada hari Rabu. Empat ahli Menteri PA yang lain masih ditahan di penjara Rejim Zionis termasuk sebilangan ahli-ahli PLC serta penceramah Dr Aziz Duwaik.
Zeidan, yang merupakan seorang graduan kejuruteraan awam dari Universiti Alabama, USA, diculik dari rumahnya pada 3/11/2006.
Menteri, yang sebelum ini telah ditahan sebanyak dua kali di penjara Israel iaitu pada 1993 dan 1997, beliau juga merupakan pemangku menteri kerajaan tempatan.