Pegawai Hamas kecam segelintir pihak dalam Fatah.


Jumaat, 01/12/06 –
Jurucakap ‘blok ubah dan reformasi’ Hamas di Dewan Parlimen Palestin, Dr.Salah Bardaweel Khamis lalu mengecam tindakan segelintir pihak di dalam pergerakan Fatah yang cuba membatalkan keputusan pilihanraya Parlimen yang telah memberikan kemenangan besar kepada Hamas. Al Bardaweel berkata bahawa kumpulan itu cuba untuk mengusir Hamas daripada kerajaan atas alasan ‘berakhirnya kepungan ke atas rakyat Palestin.”


“Kenyataan seperti itu adalah tindakan memberontak, mereka adalah kelompok yang tidak mahukan perpaduan kebangsaan. Mereka tidak mahu kerajaan yang bersabar serta tidak mahu kerajaan yang enggan melepaskan hak rakyat Palestin.” Menurut Bardaweel, sebilangan kecil pemimpin Fatah berkata bahawa presiden Mahmoud Abbas akan membubarkan parlimen, membatalkan pilihanraya dan mengisytiharkan kerajaan sementara.

“Perkara ini adalah serius, tidak masuk akal dan cubaan untuk menambah ketegangan ke atas suasana sekarang yang cuba menimbulkan konflik. Saya percaya bahawa presiden Abbas tidak akan bersetuju dengan cara ini dan tidak akan bersetuju dengannya.” Kata Bardaweel. Beliau turut menambah bahawa presiden tidak akan membuat apa-apa keputusan yang melanggar perlembagaan. Menurutnya, semua paksi harus berpegang kepada Dokumen Kesatuan Kebangsaan terutamanya sejak berlakunya perkembangan di dalam rundingan perpaduan kebangsaan.

“Malangnya semua pegawai tersebut mahu membuktikan bahawa Hamas lah yang menjadi punca masalah. Mereka mahu menyisihkan pergerakan itu dan membubarkan kepungan bagi menunjukkan bahawa Hamas tidak diterima di peringkat antarabangsa.”