Categories
Berita Semasa

Pintu Gerbang Karem Abu Salem Dibuka Semula Secara Normal

Isnin , 23-06-2014 – Pihak otoriti penjajah Zionis akan membuka kembali pintu gerbang Karem Abu Salem di sempadan selatan Semenanjung Gaza, hari ini, Rabu (18/6), setelah ditutup selama tiga hari.

Pengarah Bahagian Imigresen Otoriti Palestin Nadzmi Muhanna dalam pernyataan akhbarnya mengatakan bahawa pintu gerbang (Karem Abu Salem) akan kembali beroperasi secara normal pada hari ini untuk kemasukan semua jenis barang dan bahan bakar ke Semenanjung Gaza.

Pihak Otoriti penjajah Zionis telah menutup pintu gerbang Karem Abu Salem pada hari Ahad, Isnin dan Selasa lalu, ia hanya dibuka untuk kemasukan bahan bakar sahaja kerana berlaku serangan Zionis di Semenanjung Gaza.

Pintu Gerbang Karem Abu Salem merupakan satu-satunya pintu masuk perdagangan untuk Semenanjung Gaza. Pihak otoriti penjajah Zionis selalu menutup pintu gerbang ini dari masa ke masa dengan pelbagai dalih dan suasana tidak aman. Akibatnya sering berlaku krisis di Semenanjung Gaza, terutama kekurangan bahan bakar.

sumber : COMES
penterjemah : Osman