
Isnin , 23-06-2014 – Tiga orang warga Palestin cedera manakala enam yang lain ditahan ketika Pasukan Penjajah Israel(IOF) menyerbu dan menggeledah rumah-rumah di Jenin pada Subuh hari Selasa.
Sumber tempatan memberitahu bahawa beratus tentera Israel menyerbu bandar Jenin dan kem-kem berhampiran dalam satu kempen ketenteraan yang besar. Lebih daripada 20 rumah dan sebuah kenderaan milik UNRWA rosak ketika kempen itu berjalan.
Sumber itu menambah bahawa pertembungan ganas berlaku apabila tentera IOF menembak gas pemedih mata dengan banyak. Tiga pemuda Palestin cedera akibat peluru hidup manakala berpuluh yang lain menderita sesak nafas apabila mengidu gas pemedih mata yang dilepaskan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz