Timbalan PM Minta Abbas Mulakan Kembali Dialog


Jumaat, 08/12/06 –
Timbalan PM Palestin Dr. Nasheruddin Shaer menegaskan pentingnya memutus hubungan dengan mereka yang jumud, yang tidak menginginkan kerajaan perpaduan nasional terbentuk, tidak menyokong kerjasama serta tidak memainkan peranan sebenar di bumi Palestin.

Shaer meminta Presiden Abbas segera memulakan kembali secepat mungkin dialog nasional, “meneruskan di mana berhentinya dialog dan tidak memulakan dari kosong.” Beliau menegaskan, kerajaan sekarang memegang prinsip mengikutsertakan pelbagai fraksi dalam pembentukan kerajaan perpaduan. Di pihak kerajaan sentiasa bersiap sedia meneruskan tugas-tugas yang telah dipertanggungawabkan.

Dalam pernyataan akhbar di Ramallah, Rabu (06/12), Shaer mengatakan, “Perlu ada kata putus yang disepakati bersama. Iaitu pembentukan kerajaan perpaduan nasional dan mempercepatkan pembentukannya.” Beliau menjelaskan bahawa dewan kabinet meminta dilakukan dialog semula dari dialog terakhir sambil mengingatkan tentang pentingnya memberi komitmen terhadap apa yang telah dipersetujui (ditandatangani) antara presiden dan PM.

Beliau menegaskan bahawa program kerajaan perpaduan nasional adalah program Piagam Nasional yang sudah menjadi persetujuan bersama seluruh bangsa Palestin. Untuk itu pihaknya mengecam semua pernyataan yang tidak selaras dengan semangat persatuan nasional. Seperti permintaan untuk mengenepikan kerajaan sah sedia ada atau membentuk pemerintahan darurat atau seruan untuk dilakukan referendum dan mempercepatkan pilihanraya umum. Menurutnya, pernyataan-pernyataan sebegitu menjadi api yang memecah- belahkan bangsa Palestin dan menambahkan ketegangan.

Shaer menyatakan, “Pembentukan kerajaan perpaduan nasional ketika ini masih menjadi tuntutan rakyat Palestin dan keperluan yang sangat mendesak untuk sampai pada pembentukan persatuan bangsa Palestin. Selepas ini sepatutnya mereka tidak lagi disibukan dengan hal dalaman sebaliknya memberi tumpuan berhadapan dengan musuh sebenar -Israel.