Masri gesa Erikat pohon maaf kepada rakyat Palestin


Jumaat, 08/12/06 –
MP Mushir Al-Masri pada Rabu berkata memo MP Sa’eb Uraikat kepada PLC adalah “cubaan terdesak” pihaknya untuk “memesongkan pendapat awam dan rakyat Palestin”.

Masri dalam kenyataannya kepada media menegaskan bahawa rakyat Palestin perlu meminta untuk mempersoalkan Erikat, yang ditugaskan oleh PLO untuk menjalankan rundingan dengan Israel, kerana memutarbelitkan fakta dan tidak menurut kesepakatan rakyat Palestin atas syarat bagi gencatan senjata dengan Israel.

Penggubal undang-undang Hamas tersebut berkata Erikat telah memberikan gambaran yang tidak lengkap kepada “pengganas Zionis” bahawa gencatan senjata tersebut hanya bagi menghalang kemaraan tentera IOF ke Semenanjung Gaza sahaja dan tidak meliputi Tebing Barat yang “Boleh dilihat sebagai usaha jahat untuk memisahkan negara ini dan kami tidak akan membenarkannya .. “

Masri menggesa Erikat memohon maaf kepada rakyat Palestin atas perbuatannya dan atas sebab memainkan peranan sebagai orang tengah yang tidak jujur dalam isu rundingan gencatan senjata dengan tentera penceroboh Israel.

Beliau menggariskan bahawa akan memberikan memo kepada pengerusi PLC bagi meminta siasatan dilakukan keatas Erikat berhubung perkara ini.
Erikat telah meminta PLC membuka siasatan keatas Masri kerana menuduh beliau.