Rabu, 23-07-2014 – Pesawat perang Israel membom Masjid Farouq di kem Nuseirat Semenanjung Gaza sebelum solat subuh pada Sabtu, yang menyebabkan kemusnahan total di samping kerosakan teruk pada rumah-rumah berdekatan.
Beberapa hari lepas, 4 rakyat Palestin telah dibunuh dan 5 lagi cedera ketika serangan Israel ke atas Masjid
As-Syahid Anwar Aziz di Jabaliya. Menurut Kementerian Awqaf, sekurang-kurangnya 10 masjid telah dibom secara terus dalam tempoh 5 hari lepas termasuk masjid di Khan Younis dan 2 masjid di selatan Gaza.
Pada Jumaat, pesawat perang Israel menyasarkan kawasan sekitar Masjid Dar al-Salam yang mengakibatkan pembunuhan seorang warga dan 8 orang cedera ketika perjalanan pulang ke rumah setelah mengerjakan solat Tarawih.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati