Categories
Berita Semasa

Haniyah: Kewajiban Kita Membela Tanah Air, Rakyat dan Masa Depan

Rabu, 23-07-2014 – Wakil Ketua Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Ismail Haniyah menegaskan bahawa rakyat Palestin hari ini sedang menghadapi babak penting dari babak-babak konflik dengan penjajah Zionis dan membuka cakrawala hakiki dan sungguh-sungguh untuk generasi Palestin agar mereka memiliki entitinya sendiri di tanah Palestin.

Kepada seluruh rakyat Palestin, Haniyah mengatakan, ?Di hadapan kita hari ini ada kewajipan membela tanah, rakyat, tanah air dan kehormatan kita, kewajiban membela kemuliaan dan masa depan generasi kita dalam menghadapi perang yang dilakukan penjajah Zionis pada kita.?

Beliau menambah, ?Kita hari ini melihat inovasi-inovasi perjuangan dan kita melihat kejutan-kejutan Brigade al Qassam serta faksi-faksi perlawanan Palestin untuk disampaikan kepada kita, kepada bangsa dan umat ini sejumlah pesan dan tanda-tanda.?

Beliau menegaskan adanya langkah-langkah dan komunikasi dari sejumlah negara untuk menghentikan serangan Zionis. Beliau turut menyatakan adanya langkah politik dan diplomasi yang selaras bagi kerja perlawanan dari para pimpinan tertinggi gerakan Hamas dan faksi-faksi perlawanan di samping dari semua pimpinan Arab dan Islam.

Haniyah menegaskan, masalahnya bukan pada gencatan senjata dan kembali kepada gencatan. Namun komitmen penjajah Zionis pada gencatan dan penghentian serangan terhadap rakyat Palestin. Beliau mengatakan, masalah adalah realiti yang dialami rakyat Palestin berupa sekatan yang dilakukan, penderitaan dan kepedihan selama sekatan. Sekatan perlu ditamatkan, rakyat Palestin harus hidup bebas bermartabat, rakyat di Tebing Barat harus hidup aman dan selamat dari sebarang serangan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman