Selasa , 12-08-2014 – Ketua biro politik Hamas, Khaled Mashal berkata sebarang gencatan senjata yang berpanjangan perlu membawa kepada penarikan pengepungan ke atas Semenanjung Gaza.
Dari perjanjian gencatan senjata untuk tempoh 72 jam yang telah dipersetujui oleh pihak Palestin dan Zionis pada petang hari ahad (10/8), Mashal berkata dalam temubual ekslusif bersama wakil “France Press” di Doha bahawa “gencatan senjata adalah salah satu cara atau taktik sama ada bagi tujuan menyediakan ruang yang sesuai untuk kejayaan rundingan atau untuk memudahkan kemasukan bantuan pertolongan ke Semenanjung Gaza”.
Beliau menambah bahawa “matlamat kami adalah untuk memenuhi permintaan penduduk Palestin dan hidup tanpa pengepungan di Semenanjung Gaza, inilah perkara yang tidak dikaji semula darinya”.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah