Selasa , 12-08-2014 – Satu gencatan sejata selama 72 jam di Semenanjung Gaza dijangka bermula pada tengah malam Isnin pagi, setelah pelbagai pihak dari kalangan rakyat Palestin dan pihak berkuasa rejim Israel bersetuju untuk meletakkan senjata sementara para perunding berbincang bagi mencapai rundingan tempoh gencatan senjata yang lebih panjang.
Namun, pada jam-jam terakhir sebelum gencatan senjata, tentera rejim terus menyerang Semenajung Gaza menerusi udara, membunuh 4 orang termasuk seorang kanak-kanak pada petang Ahad. Sekurang-kurangnya 25 bom dijatuhkan di Gaza pada Ahad, dan 60 pada Sabtu.
Kumpulan-kumpulan Palestin yang diketuai oleh parti Hamas, telah menyeru pengakhiran kepungan ke atas Gaza, pembukaan pelabuhan di Gaza, dan pembebasan ratusan tahanan yang telah ditahan kembali oleh Israel setelah mereka dibebaskan pada 2011.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : idawati
2 replies on “Israel dan Palestin bersetuju dengan gencatan sejata untuk tempoh 72 jam”
mari lah sama2 kita berdoa utk saruada seislam kita di gaza berat mata yg memandang berat lagi bahu yang memikul smoga ALLAH SWT menberi pelindungan kepada saruada kita di sana.. amin dan yg telah pergi meninggal kan kita bt slama nye smoga ALLAH SWT menempat kan mereka di syurga firdausi amin
Interesting blog! Is your theme custom made or did you download it
from somewhere? A theme like yours with a few simple tweeks
would really make my blog shine. Please let me know where you got your theme.
Appreciate it
Feel free to visit my web-site: here.