Khamis , 14-08-2014 – Satu mesyuarat tergempar di kalangan Arab League Foreign Ministerial Council, dipengerusikan oleh Maghribi, bakal bersidang pada hari Isnin sebagai langkah susulan bagi keputusan yang dicapai pada 14 Julai mengenai inisiatif untuk mengakhiri serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Menurut WAFA, mesyuarat itu akan dihadiri oleh Ketua Setiausaha Liga Negara Arab, Nabil al-Arabi, ahli jawatankuasa PLO Executive Saeb Erekat dan Ketua Fateh Parliamentary Bloc Azzam Al Ahmad, turut membincangkan mengenai rundingan tidak langsung yang berjalan di bawah naungan Mesir.
Ahli jawatankuasa PLO Executive Saeb Erekat, dalam satu temubual dengan stesen radio tempatan pada Ahad lalu, menyatakan bahawa syarat-syarat awal untuk gencatan senjata dengan Israel adalah berdasarkan Undang-undang Antarabangsa, menyeru kepada satu pendirian Arab bersatu:
“Tuntutan-tuntutan Palestin bukan sahaja sah dan benar di bawah Undang-undang Antarabangsa, malah tuntutan tersebut merupakan obligasi bagi Israel,’ menurut beliau. “Tuntutan tersebut telah diluluskan oleh kerajaan Israel terdahulu, tetapi kini Israel melarikan diri
dari perjanjian tersebut”, tambah beliau, menyifatkan tindakan Israel di Kaherah sebagai ‘provokatif’ dan ‘melampau’.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira