Categories
Berita Semasa

Rundingan Kaherah Bersambung Hari Ini

Khamis , 14-08-2014 – Delegasi Israel kembali ke Kaherah pagi ini untuk menyambung rundingan secara tidak lansung dengan pegawai Palestin ketika bermulanya gencatan senjata 72 jam yang disetujui oleh kedua-dua pihak. Rundingan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut dalam usaha mencapai gencatan senjata selama-lamanya di Gaza.

Meski serangan telah dihentikan, Rangkaian Berita Palestin melaporkan bahawa Hamas telah memberi amaran, “jika kami tidak dapat mencapai persetujuan dalam masa 72 jam, kemungkinana kami akan menarik diri dari rundingan dan tidak akan ada satu lagi gencatan senjata.”

Menurut media Israel, para pegawai menentang pelabuhan atau lapangan terbang di Gaza, tetapi menyokong pembukaan sempadan Rafah, yang mana ianya merupakan isu yang tinggal untuk dibincangkan dengan Mesir. Israel turut bersetuju untuk mengembangkan kawasan penangkapan ikan di Gaza, demikian menurut Rangkaian Berita Palestin.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati