Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Culik Dua Kanak-kanak di Ramallah

Isnin, 15-09-2014 – Tentera Israel telah menculik dua orang kanak-kanak yang baru berusia tujuh dan lapan tahun yang sedang bermain di hadapan rumah keluarga mereka di bandar Silwad, timur bandar utama Tebing Barat Ramallah pada petang Isnin.

Dua kanak-kanak tersebut dikenal pasti sebagai Abdul Fattah Abdul-Ghani Hammad, 7 dan Ramzi Ahmad Mer’ey, 8. Saksi-saksi kejadian menyatakan bahawa tiada sebarang pergaduhan mahupun konfrontasi yang berlaku semasa penculikan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira