Categories
Berita Semasa

Persekolahan dihentikan di Jabal Al-Mokabber

Isnin, 15-09-2014 – Persekolahan di Jabal Al-Mokabber dihentikan rentetan penangkapan dua ahli Jawatankuasa Keluarga Pelajar (SFC), demikian dilaporkan oleh Pusat Maklumat Wadi Hilweh Baitulmuqaddis.

Ahli-ahli SFC Mahmoud Eweisat dan Omar Eweisat ditahan oleh polis Israel manakala pengarah sekolah rendah perempuan itu dibenarkan kembali ‘bertugas seperti biasa’. Menurut ketua jawatankuasa, Abdelkarim Lafi, tokoh-tokoh tempatan yang dikenali telah mengumumkan penghentian semua sekolah di kawasan itu sehinga ahli jawatankuasa dibebaskan dan pengarah dibersihkan dari tuduhan penipuan kewangan.
Tuduhan itu dilaporkan disahkan oleh perbandaran dan Kementerian Pendidikan setelah penyiasatan selama 2 tahun.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati