Categories
Berita Semasa

Secara rasmi 12 Oktober tarikh bagi Persidangan Pembangunan Semula Gaza di Mesir

Isnin, 15-09-2014 – Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry mengumumkan pada hari Selasa (9-9) bahawa Mesir akan menjadi tuan rumah persidangan pembangunan semula Semenanjung Gaza pada 12 Oktober di Kaherah.

Pengumuman itu dibuat oleh agensi berita Timur Tengah Mesir (MENA), berikutan pertemuan antara Menteri Luar Norway, Borg Brandi dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dan Menteri Luar, Shoukry. Shoukry berkata jemputan untuk persidangan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah