
Isnin, 15-09-2014 – Bandar Quds terjajah menyaksikan sejak Selasa semalam sehingga sekarang, pertempuran sengit di antara penduduk Palestin dan tentera penjajah Zionis selepas penutupan akhir bagi pintu masuk utama daerah Ar-Ram, dengan menggunakan kiub simen besar dan kawat berduri.
Sumber memberitahu, tentera penjajah menggunakan bom gas beracun yang kuat bunyinya dan mudah membakar serta mencederakan, selain peluru getah, dalam masa yang sama, penduduk menggunakan batuan dan bom molotov cocktail. Puluhan sudah cedera dan dimaklumkan bahawa beberapa orang pemuda cedera akibat terkena tembakan peluru hidup.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraff