
Isnin, 15-09-2014 – Tentera Israel menculik tiga rakyat Palestin di Tebing Barat di daerah Jenin dan Bethlehem pada hari Selasa. Menurut sumber perubatan mangsa yang diculik di Bethlehem telah dikasari tentera. Sumber tentera Israel berkata pihaknya telah menculik sepuluh orang rakyat Palestin di Tebing Barat.
Di Bethlehem, tentera telah menculik seorang penduduk, Mohammad Ahmad Shahin, 28, setelah memukul dan menendangnya berulang kali di beberapa bahagian badannya, menyebabkan beberapa kecederaan dan membawanya ke pangkalan tentera Gush Etzion selepas menculiknya.
Shahin berasal dari Bandar Ertas, ke selatan Bethlehem, dia ditahan di dalam sekatan jalanraya oleh pihak tentera berhampiran Beit Fajjar, sebuah bandar yang berhampiran.
sumber : IMEMC News
penterjemah : zihan