
Rabu, 17-09-2014 – Menurut sumber itu, Anas Taiseer al-Hinnawi, 22, mengalami kecederaan serius, manakala seorang Palestin terbunuh serta-merta apabila Israel melepaskan peluru berpandu pada mereka di Jabalia, di bahagian utara Semenanjung Gaza.
Berikutan kecederaan, al-Hinnawi dipindahkan ke hospital tempatan sebelum dipindahkan ke sebuah hospital di Jordan, kerana keadaannya yang serius. Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin meninggal dunia akibat luka-luka mereka sejak perjanjian gencatan senjata yang telah dicapai di bawah Mesir.
Kementerian Kesihatan di Gaza berkata kira-kira 2137 rakyat Palestin, termasuk 578 kanak-kanak, 264 wanita dan 103 warga tua, dibunuh semasa pencerobohan terbaru besar-besaran Israel ke atas Gaza, manakala lebih daripada 11100, termasuk kanak-kanak 3374, 2088 wanita dan 410 orang tua, telah cedera.
sumber : IMEMC News
penterjemah : ameen