Categories
Berita Semasa

Hamas: Perjanjian Oslo Memecah-belah Rakyat Namun Pejuang Menyatukannya.

Rabu, 17-09-2014 – Pemimpin Gerakan Perjuangan Islam Hamas, Musyir al Misri mengatakan bahawa kesatuan sikap politik dan ketenteraan Palestin dalam menghadapi serangan terakhir Zionis ke Semenanjung Gaza merupakan yang pertama sejak penandatanganan perjanjian Madrid dan juga Oslo, keduanya telah memecah belah rakyat Palestin sejak kedua-dua perjanjian tersebut ditandatangani.

Misri menambah bahawa kesatuan sikap politik dalam perundingan di Kaherah dan persatuan kerja ketenteraan bersama di Semenanjung Gaza merupakan fenomena paling menonjol dalam konfrantasi terakhir dengan penjajah Zionis di Semenanjung Gaza.

Beliau menegaskan bahawa pejuangan Hamas dan rakyat yang melindunginya telah mencatat kemenangan baru melawan penjajah Zionis. beliau menambah, “Bahkan fraksi-fraksi yang tidak memilih jalan perlawanan membuat tuntutan bersama untuk hak-hak rakyat dalam perundingan tidak langsung di Kaherah.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman