
Isnin, 13-10-2014 – Pengarah Awam Jabatan Perlintasan dan Sempadan di Semenanjung Gaza, Maher Abu Shubha, menegaskan kesiapan pihaknya untuk kemasukan bahan binaan ke Semenanjung Gaza yang dikenakan sekatan sejak bertahun-tahun. Ia akan memulakan proses pembinaan semula setelah serangan Zionis ke Semenanjung Gaza yang menghancurkan puluhan ribu unit rumah.
Abu Shubha menjelaskan bahawa pintu masuk Semenanjung Gaza setiap hari boleh dimasuki sekitar 400 trak. Ini membuktikan kesiapsediaan mereka untuk menyambut kemasukan barang dan bahan binaan yang dengan sendirinya akan turut membangkitkan keadaan ekonomi di Gaza setelah meningkatnya peluang pekerjaan dalam bidang-bidang yang berkaitan.
Pintu masuk Karem Abu Salem yang merupakan satu-satunya pintu masuk perdagangan di Semenanjung Gaza siap sedia beroperasi. Beliau menegaskan bahawa pasukan perlintasan siap sedia memberikan perkhidmatan terbaik yang dapat membantu merealisasikan kepentingan penduduk Semenanjung Gaza.
sumber : COMES
penterjemah : Osman