Isnin, 13-10-2014 – Pihak berkuasa rejim Israel mengedarkan notis pengusiran pada Rabu kepada 19 keluarga Palestin di kawasan selatan Lembah Jordan sebagai permulaan untuk menggunakan tanah tersebut bagi tujuan ketenteraan.
Ketua Jawatankuasa Tempatan Lembah Al-Maleh, Aref Daraghmeh, memberitahu PNN bahawa tentera rejim Israel memberi notis pengusiran kepada 16 keluarga di kawasan Al-Ras Al-Ahmar kerana mereka ingin untuk menggunakan kawasan tersebut bagi latihan ketenteraan dari 19 hingga 21 hari bulan pada bulan ini.
Rejim turut memaklumkan 3 lagi keluarga di Al-Burj, tentang perancangan serupa untuk latihan ketenteraan dari 22 hingga 29 hari bulan. Latihan ketenteraan akan bermula pada jam 6 pagi hingga 7 malam. Encik Daraghmeh menambah bahawa ini bukan kali pertama para penduduk lembah diancam untuk diusir di mana ratusan keluarga telah diusir tahun lepas.
sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati