Categories
Berita Semasa

Keluarga Palestin diserang Penceroboh ketika Menuai Hasil Zaitun

Rabu , 15-10-2014 – Pemilik ladang zaitun, Mahmoud Rga Mahoud Aid, isterinya dan tiga anak mereka diserang oleh sekumpulan penduduk daripada penempayan haram Giv’at Ya’akov. Serangan itu berlaku di ladang keluarga itu berhampiran kampung Burin, barat daya Nablus.

Keluarga itu mempunyai kebenaran selama 3 hari daripada Pejabat Koordinasi Daerah (DCO) untuk menuai hasil zaitun di ladang mereka bermula pada 6 Oktober. Untuk menuai semua zaitun di ladang itu, masa yang akan diambil biasanya selama sebulan.

Pada hari pertama, penceroboh Zionis turun daripada penempatan haram mereka dan cuba menghalang Mahmoud daripada memasuki ladang zaitun itu. Tentera Israel kemudiannya campur tangan dan menyuruh penduduk haram itu untuk pergi. Mahmour selepas itu berjaya menghabiskan hari pertama selepas itu tanpa gangguan daripada penduduk haram.

Pada hari kedua, keluarga itu berjaya masuk ke ladang mereka tanpa gangguan, namun ketika sedang mengutip zaitun, tentera Israel berdekatan mula menjerit kepada mereka, “mereka dah datang, mereka datang ke arah kamu.”

Mahmoud memandang ke atas dan melihat 5 penduduk haram yang memakai topeng berlari ke arah keluarganya. Keluarganya diserang dengan batu, dan mencedarakan Mahmoud. Tentera Israel hanya melihat keluarga Mahmoud diserang, namun tidak mengambil tindakan. Selepas beberapa ketika, tentera itu akhirnya menuruni bukit dan mengarahkan penduduk haram itu untuk meninggalkan kawasan itu.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

3 replies on “Keluarga Palestin diserang Penceroboh ketika Menuai Hasil Zaitun”

Hey there! I could have sworn I’ve been to this site bfore but after browsing through some
of the post I realized it’s new to me. Anyways, I’m
definitely glad I found it and I’ll be bookmarking and checking back frequently!

Comments are closed.