
Jumaat , 17-10-2014 – Ketua Jabatan Perhubungan Luar Gerakan Pertahanan Islam Palestin , Hamas, Osama Hamdan berkata pembinaan semula Gaza akan menjadi ujian sebenar komitmen kerajaan terhadap perpaduan Palestin ke arah perjanjian perdamaian Palestin.
Hamdan berkata pada hari Selasa dalam satu kenyataan akhbar bahawa Hamas akan membuat mengusahakan sehabis mungkin untuk pembinaan semula Gaza .Beliau menyeru puak kebangsaan Palestin terutamanya pergerakan Fatah untuk mengambil bahagian dalam proses itu.
Menurut Hamdan , pembinaan semula Gaza adalah harga yang perlu dibayar oleh masyarakat antarabangsa atas sikap berdiam diri mereka ke atas pencerobohan berulang kali oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada