Categories
Berita Semasa

27 MPs Palestin ditahan di penjara Israel

Jumaat , 17-10-2014 – 27 ahli Palestinian Legislative Council (PLC) sedang ditahan di penjara Israel termasuk 19 orang MPs yang ditahan di bawah tahanan pentadbiran di mana penahanan dibuat tanpa dakwaan mahupun perbicaraan, menurut laporan Palestinian Prisoners Society (PPS).

Lapan orang MPs ditahan dan didakwa untuk jangka masa yang berbeza. Marwan Barghouti dijatuhkan hukuman lima tahun penjara manakala Setiausaha Agung Popular Front for the Liberation of Palestine, Ahmed Saadat, telah dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun. Jurucakap PLC, Aziz Dweik turut ditahan di bawah penahanan pentadbiran Israel, tambah PPS lagi. Setakat ini, 26 MPs telah ditahan di bawah penahanan pentadbiran sepanjang operasi ketenteraan Israel di seluruh kawasan Tebing Barat. Sepuluh daripada mereka telah dibebaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira