
Jumaat , 17-10-2014 – Sumber media telah mendedahkan pada Isnin lepas, pihak berkuasa Mesir secara paksa mengusir 68 rakyat Palestin ke Gaza selepas ditangkap di pinggir bandar Mesir di pantai Alexandria ketika cubaan untuk masuk ke Itali melalui bot penyeludup.
Menurut sumber itu, 68 rakyat Palestin ditangkap di luar pantai Alexandria. Mereka dihantar pulang hari ini ke kepungan Gaza melalui
laluan Rafah. Berpuluh-puluh penduduk Palestin sebelum ini dihantar pulang oleh pihak berkuasa Mesir selepas ramai daripada mereka tenggelam di luar pantai Itali dalam usaha untuk sampai ke benua Eropah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : bob