Rejim Zionis membunuh seorang budak lelaki dekat Qalandia utara Baitulmuqaddis.


Jumaat, 02/02/07 –

Askar-askar Israel menembak dan membunuh seorang budak warga Palestin di Qalandia yang terletak antara bandar-bandar West Bank Ramallah dan Baitulmuqaddis pada tengah hari semalam.

Tahha Qiljawi, 17, luka-luka dan kehilangan banyak darah sementara menunggu pasukan perubatan, menurut sumber perubatan Perubatan Palestin. Qiljawi telah dipindahkan ke sebuah hospital berhampiran bandar Ramallah.

Sumber-sumber tentera menyatakan bahawa orang awam menghampiri dinding dan cuba untuk merentasi Dinding Israel. Ini menyebabkan askar-askar untuk menembak dan membunuhnya. Kenyataan ini tiada pengesahan yang sahih daripada saksi.

Tambahan pula, sumber-sumber Penduduk Palestin melaporkan bahawa seorang budak lelaki yang berumur 15 tahun, telah ditembak dan tercedera semasa suatu pencerobohan kem pelarian Qalandia utara bandar raya Jerusalem. Budak lelaki menderita kerana luka-luka yang teruk, sumber-sumber perubatan melaporkan.

Pada awal pagi Khamis tentera Israel telah membunuh dua Rakyat Palestin dan mencederakan satu pertiga ketika mereka menyerang bandar Nablus West Bank, sumber-sumber Penduduk Palestin melaporkan.

Dua rakyat Palestin telah dikenalpasti sebagai Amer Kalbouna, 21, dan Wael Awad, 21, kedua-dua adalah dari Bridge Aqsa, sayap bersenjata Fatah.