5 rakyat Palestin diculik


Jumaat, 02/02/07 –
Sumber Palestin melaporkan 5 penduduk Palestin telah diculik oleh rejim Zionis yang menceroboh masuk kedalam perkampungan Tafouha, berdekatan bandar West Bank, Hebron pada pagi Khamis semalam (01/02/07).

Tentera dan kenderaan jip rejim Zionis menceroboh masuk ke kawasan perkampungan dan membuat serbuan secara besar-besaran dari rumah ke rumah, menurut saksi. Menurut saksi, tentera rejim Zionis turut memaksa semua ahli keluarga termasuk kanak kanak untuk mengosongkan rumah kediaman mereka semasa operasi. 5 yang telah diculik dikenali sebagai Al Khamaissa, 41, Ibraheem Khamaissa, 32, Hisham Turdah, 32, dan Ibraheem Al Turdah, 32. Kelima lima lelaki tersebut dibawa ke lokasi yang tidak di ketahui.