
Rabu , 05-11-2014 – Beberapa kenderaan tentera Israel menyerang bandar Hebron, di bahagian selatan Tebing Barat dan menculik dua warga Palestin . Seorang lagi warga Palestin juga telah diculik semasa menghadiri persidangan mahkamah untuk sepupunya di mahkamah tentera Israel di Ofer.
Sumber tempatan mengatakan tentera menyerbu sebuah petempatan di kota Hebron dan menculik seorang warga Palestin yang dikenali sebagai Mo’taz Taiseer an- Natsha , setelah mencari dan menggeledah rumahnya. Selain itu , tentera menyerang kota Beit Ola , barat Hebron, dan menculik seorang warga Palestin yang dikenalpasti sebagai Ra’ed Abdul- ‘Afo al- ‘Emla juga setelah menggeledah rumahnya , menyebabkan kerosakan harta benda yang berlebihan.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : diana