
Rabu , 05-11-2014 – Tentera rejim Israel memusnahkan 4 bangunan di kampung Badwi, Umm al-Daraj, tambahan kepada pemusnahan sebuah ketuhar tradisional di Umm al-Khair, demikian menurut laporan Operation Dove pada Rabu. Ramai wanita dan lelaki di Umm al-Khair dilaporkan diserang oleh tentera dan polis rejim ketika mereka cuba untuk menghentikan pemusnahan harta benda mereka secara aman.
Pada awal pagi Isnin, tentera rejim Israel memecah masuk Umm al-Daraj menggunakan 2 jentolak. Sebuah tandas, pondok untuk biri-biri, gua yang digunakan sebagai rumah dan sebuah rumah yang menjadi kediaman 8 orang telah dimusnahkan. 2 jam kemudian, tentera rejim tiba di kampung Umm al-Khair dan mengumumkan ia sebagai kawasan ketenteraan yang tertutup, demikian menurut laporan WAFA. Mereka menghalau sukarelawan antarabangsa yang tiba untuk mengawasi perlanggaran hak asasi manusia dan mengugut untuk menahan mereka.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nuridawati