Categories
Berita Semasa

Hamdallah gesa komuniti antabangsa untuk penuhi tanggungjawan ke atas Gaza.

Khamis , 06-11-2014 – Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah menggesa komuniti antarabangsa khasnya Kesatuan eropah untuk mempercepatkan pelan pembangunan semula Gaza. Ahli-ahli daripada pelbagai komuniti antarabangsa semakin memberi sokongan kepada Palestin.

Sewaktu mesyuarat dengan wakil Kesatuan Eropah ke Pihak Berkuasa Palestin, John Gatt-Rutter, di Ramallah, Mr. Hamdallah menggesa komuniti antarabangsa untuk memenuhi tanggungjawab mereka terhadap janji yang dibuat sewaktu Persidangan Bantuan Antarabangsa untuk Pembangunan Gaza, untuk membolehkan rakyat di Gaza meneruskan kehidupan sukar yang terpaksa dilalui mereka terutamanya apabila musim sejuk semakin hampir.

Menurut WAFA Ejensi Berita dan Maklumat Palestin, Hamdallah meminta negara-negara EU mengambil langkah-langkah muktamad untuk memastikan Masjid Al Aqsa dilindungi, untuk menghentikan keganasan Israel terhadap masjid dan rakyat Palestin di Jerusalem dan juga untuk menghentikan keganasan penjajah ke atas tempat-tempat suci orang Islam dan Kristian.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan