
Khamis , 06-11-2014 – Tentera rejim Israel dilaporkan menculik 6 warga Palestin pada subuh Selasa ketika serbuan besar-besaran di seluruh Tebing Barat yang dijajah.
Menurut media Palestin, sumber tempatan menyatakan, tentera rejim menahan seorang pelajar universiti setelah dengan ganasnya menyerbu dan menggeledah rumahnya di bandar Deir Sammit, selatan al-Khalil (Hebron).
Ahli keluarganya dilaporkan terpaksa berada di luar rumah dalam cuaca hujan ketika serbuan. Manakala, 2 bekas tahanan yang telah dipenjarakan selama beberapa bulan di penjara Israel turut ditahan apabila tentera rejim menyerbu kediaman mereka di Beit Ummar, Hebron. Di Jenin, tentera rejim menculik seorang pemuda yang cedera, Mujahed al-Iz, pada subuh hari dari rumahnya.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nuridawati