
Isnin, 05/02/07 –
Sumber ketenteraan Israel melaporkan malam Sabtu lalu (03/02/07) bahawa pihak tentera Israel telah bersedia untuk melancarkan serangan besar-besaran di Semenanjung Gaza.
Persediaan itu dilihat terlalu mirip kepada operasi serangan 2002 di Tebing Barat. Sumber itu turut memberitahu bahawa pertikaian dalaman antara Fatah dan Hamas akan menambahkan lagi sentimen dan serangan anti-Israel.
Perancangan itu tidak akan dilaksanakan secara serta merta, namun akan menjadi realiti sekiranya serangan ke atas Israel meningkat. Ketua-ketua tentera Israel dan pasukan keselamatan Shin Bet berkata bahawa Hamas mungkin akan melancarkan serangan berani mati sekali lagi atau serangan cara lain ke atas Israel. Pemerintah tertinggi ketenteraan dan keselamatan di Israel menuduh Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas sedang dalam usaha mengumpulkan bom buatan sendiri yang telah diperbaiki mutu dan ketepatannya dalam kuantiti yang banyak.
Israel percaya bahawa Hamas telah meningkatkan kemampuan ketenteraannya semenjak pengunduran Israel dari Semenanjung Gaza pada tahun 2005. sumber ketenteraan Israel turut menjangka bahawa Hamas dan Jihad Islami yang memperolehi bom yangboleh mengenai sasaran dalam jarak 15 hingga 16 kilometer.