Odwan menyeru pelarian Palestin di Iraq supaya pulang.


Jumaat, 02/02/07 –
Menteri Hal Ehwal Pelarian Palestin, Dr Atef Odwan menyatakan bahawa keadaan pelarian Palestin di Iraq amat menyedihkan dan kementerian beliau mencadangkan dibuka laluan untuk mereka kembali ke tanah air.


Beliau menambah cadangan tersebut telah dibentangkan, walaubagaimanapun perkara tersebut memerlukan lebih dari langkah politik. Dalam satu sidang akhbar, Odwan menerangkan kerajaan PA memerlukan sokongan dari pihak ketiga dalam usaha meyakinkan kerajaan rejim Zionis bagi membenarkan pelarian ini masuk.

Proses kemasukan yang sukar ini berpunca daripada satu perjanjian 2005 yang termetrai di antara kerajaan Fatah yang di wakili Mohammed Dahlan dengan kerajaan “Israel” yang tidak membenarkan pelarian masuk jika tidak mempunyai ID yang diluluskan oleh pihak rejim.

Odwan menyatakan akan menghantar surat kepada Mahmoud Abbas menggesa beliau supaya mengekspotasi “hubungan politik yang meluas beliau” untuk membantu nasib pelarian Palestin di Iraq. Sekurang2nya terdapat 25,000 orang pelarian Palestin di Iraq. Pihak tentera Iraq yang dibantu US dipercayai membunuh dan memenjarakan pelarian Palestin.