Categories
Berita Semasa

Tentera Culik Empat Rakyat Palestin di Baitulmuqaddis

Khamis , 13-11-2014 – Tentera dan pegawai polis Israel memecah masuk beberapa kawasan kejiranan di kawasan Baitulmuqaddis Timur pada subuh hari Isnin lepas lalu menculik empat orang rakyat Palestin setelah menyerbu masuk rumah mereka. Seorang daripada mereka yang diculik mengalami beberapa keretakan di bahagian kakinya setelah diserang oleh tentera Israel.

Menurut sumber TV Palestin, tentera-tentera Israel menyerang kawasan kejiranan Suwwana di Old City dan menculik dua orang rakyat Palestin yang dikenali sebagai Ra’ed al-‘Ammouri dan Ahmad Abu Gharbiyya. Beberapa kenderaan tentera juga telah memecah masuk kawasan kejiranan Bustan di Silwan, di kawasan selatan Masjid Al-Aqsa serta menculik Mohammad Zeidani setelah menggeledah rumah beliau.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira