
Isnin, 05/02/07 –
Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Misy’al menegaskan
pentingnya menjayakan pertemuan antara gerakan Hamas dan Fatah. Pernyataan itu dinyatakan Misy’al di Damsyik, Ahad (4/2/07).
Misy’al mengharapkan presiden Palestin, Mahmud Abbas serius dalam pertemuan yang akan dijalankan, Selasa (6/2) di Mekah al-Mukarrramah atas usaha Raja Abdullah, ketua negara Saudi.
Dalam pada itu, Misy’al mengancam Israel akan meletuskan intifadah ketiga jika, Israel terus menodai Masjid Al-Aqsha.
Dengan tindakan Israel membuat kekacauan di dalam negeri Palestin bererti mereka telah bermain api. Mereka menginginkan perang saudara meletus di Plaestin. Misy’al tegaskan bahawa usaha Israel tersebut akan menemui kegagalan.
Dalam sidang akhbarnya, Misy’al mengajak semua rakyat Palestin membentuk gerakan bersama menghalang usaha Israel menguasai masjid Al-Aqsa. Beliau juga menyeru agar semua pemimpin Arab dan ulama Islam sedunia saling bahu membahu menghadapi rancangan
Israel merampas Al-Quds.
Berkait pertentangan antara gerakan Fatah dan Hamas, Misy’al meminta agar semua tindakan yang mengarah pada kekacauan ketenteraman awam agar segera dihentikan. Beliau menyatakan kekesalan terhadap apa yang terjadi di Palestin ketika ini.
Beliau menyatakan bahawa darah Palestin hanya boleh mengalir ketika menghadapi penjajah Israel. Kami menginginkan perdamaian abadi dengan Fatah, kami ingin menghentikan pertikaian ini. Bahkan kami inginkan agar semua fraksi sama ada Fatah
atau lain-lain fraksi berganding tangan menyatukan jiwa raga, darah dan nafas dalam
menghadapi musuh durjana Israel.
Apa yang kami inginkan, ungkap Misy’al bukan hanya perhubungan politik dengan Fatah saja. Tetapi juga dengan fraksi-fraksi lain. Dengan penyatuan hakiki antara Hamas dan Fatah diharapkan menjadi jalan kepada kesefahaman dengan semua faksi yang ada.