Raja Jordan Memberi Amaran Kepada Israel diatas Pembinaan di bawah Al-Aqsa Mosq


Isnin, 05/02/07 –Raja Jordan, Abdullah II, menegur kerana keadaan tempat-tempat suci Muslim Baitulmuqaddis yang dalam keadaan merbahaya, beliau mengutuk Israel dalam percubaan mereka untuk mencacatkan masjid Al-Aqsa, terutamanya jalan membawa kepada pintu pagar Bab Almagharba, berhampiran tembok barat masjid.


Jordan menganggap jalan tersebut sebagai sebahagian dari masjid Al-Aqsda. Ulasan Raja Abdullah ini datang semasa satu pertemuan dengan sebilangan Orang Israel Arab yang juga ahli-ahli parlimen Israel (Kenneset).

Raja Jordan mengulangi perintah sokongan penuh negaranya untuk penduduk Palestin di bandar-bandar Arab di Israel, berjanji untuk lebih permudahkan mereka berhubungan dengan dunia Arab.

Segala perjanjian ini termasuklah meningkatan jumlah jemaah haji Arab, yang melawat kota suci Makkah melalui Negara Jordan dan menggandakan bilangan kuota untuk pelajar-pelajar Arab di universiti-universiti Jordan.

Amaran oleh Raja Jordan datang semasa pencerobohan pihak berkuasa Israel di Baitulmuqaddis Timur baru-baru ini bermula dengan kerja-kerja pembinaan di bawah masjid Al-Aqsa, satu perkara yang menjadi kebimbangan kalangan Orang Islam berkemungkinan akan meruntuhkan masjid, yang dianggap ketiga tempat suci untuk hampir 1.4 bilion Orang Islam di seluruh dunia.