
Selasa, 06/02/07 –
Beribu pesakit rakyat Palestin di daerah Jenin kekurangan dan sangat-sangat memerlukan bekalan ubat-ubatan terutamanya insulin, untuk lebih dari 5000 pengidap diabetik di daerah tersebut dan tranquilizers.
Dr Anan Al-Masri, setiausaha bahagian kesihatan Palestin, berkata pada Ahad bahawa masalah ini terdapat di semua daerah di Tebing Barat dan melibatkan semua jenis ubat-ubatan.
Masri berkata yang kekurangan bekalan ini bukan disebabkan oleh kecuaian bahagian kesihatan namun sebenarnya ianya disebabkan oleh langkah Bank Dunia yang mengawal pengedaran ubat-ubatan di tanah Palestin.
Kementerian sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan ubat-ubatan untuk rakyat Palestin, dan menurutnya, Bank Dunia dijangka akan membenarkan penghantaran ubat-ubatan ke Palestin dalam masa yang terdekat.