
Isnin , 08-12-2014 – Tahanan penjara rakyat Palestin Muammar Guadreh, dari Jenin , meneruskan mogok lapar untuk lapan hari berturut-turut sebagai tanda protes penangkapan semula beliau selepas dibebaskan dalam perjanjian penukaran Wafa al-Ahrar pada tahun 2011.
Ketua Jabatan Ahrar Center for Prisoner Studies, Fuad al-Khuffash memaklumkan kepada Palestinian Information Centre (PIC) bahawa Guadreh melancarkan mogok lapar sejak lapan hari yang lalu untuk membantah penangkapan semula beliau dan membantah ugutan Israel untuk mengenakan semula hukuman terdahulu terhadap beliau. Guadreh memberitahu kepada pihak pentadbiran penjara Eshel bahawa dia berazam untuk meneruskan mogok lapar sehingga beliau dibebaskan kembali, tambah al-Khuffash lagi.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira