Categories
Berita Semasa

HAMAS: Kami Sedang Berusaha Memperbaik Hubungan dengan Mesir

Isnin , 08-12-2014 – Pergerakan Hamas mengumumkan bahawa usaha sedang dilakukan untuk memperbaiki hubungan mereka dengan Mesir, sambil menyalahkan beberapa media Mesir yang bertanggungjawab mengucar-kacirkan hubungan itu.

Ahli Biro Politik Hamas, Khalil al-Haya berkata dalam kenyataan media bahawa sebahagian agensi media Mesir memainkan peranan yang pelik dalam usaha mengeruhkan hubungan antara Hamas dan Mesir.

“Kami tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Mesir, atau negara Arab yang lain. Hamas memerlukan Mesir yang stabil dan selamat,” tegas al-Haya. Al-Haya menegaskan pendirian Hamas yang tidak akan mengabaikan hubungan mereka dengan Ikhwan Muslimin, kerana mereka berkongsi ideologi yang sama, namun tidak ada hubungan secara langsung dengan Ikhwan. Tidak ada satu pihak yang layak memisahkan Hamas dengan organisasi yang mempunyai ideologi yang sama, tekannya lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz