Delegasi Hamas-Fatah membuat Gencatan Senjata


Selasa, 06/02/07 –
Semalam (05/02/07) satu delegasi Hamas-Fatah meninjau sekitar Bandar Raya Gaza dengan tujuan untuk memastikan gencatan senjata seperti yang mereka nyatakan pada hari Sabtu lepas.


Wakil kedua-dua pihak keluar untuk memantau gencatan senjata ini, menukar dan melepaskan ahli-ahli mereka yang diculik dan membantu memindahkan semua penembak di atas bumbung di bandar raya tersebut.

Walaupun genjatan diadakan, seorang pegawai ketenteraan dilaporkan diculik di Jalan Talatini. Islam Shahwan, jurucakap pasukan ketenteraan, mempercayai bahawa risikan ketenteraan PA bertanggungjawab atas penculikan ini.

Sementara itu, sayap ketenteraan Hamas, Izzeldin Elqassam, memberi kata dua kepada kakitangan personel Presiden Palestin dalam tiga hari ini akan menyerang Universiti Islam Gaza pada hujung minggu ini.

Pagi Isnin terdahulu , bunyi tembakan senapang kedengaran di beberapa bahagian di Gaza. Tiada butiran lanjut dilaporkan.

Suatu ketenangan berlaku apabila Presiden Palestin Mahmoud Abbas akan mesyuarat dengan Khaled Mash’al, ketua biro politik Hamas di Makkah pada Selasa ini. Mesyuarat ini adalah atas jemputan Raja Saudi, Abdullah Bin Abdelaziz, untuk Rakyat Palestin sebagai jalan penyelesaian perbezaan antara mereka di kota suci tersebut.

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya dijangka menyertai perbincangan ini, sebagai Mash’al berkata dalam sidang media di Damsyik semalam bahawa beliau akan menjadikan mesyuarat tersebut berjaya dan mencapai satu perjanjian sebagai sebuah unit kerajaan.